Islam dan Penjajahan - Website Resmi MTs Muhammadiyah Sungai Batang
Headlines News :
Home » » Islam dan Penjajahan

Islam dan Penjajahan

Written By Unknown on Senin, 29 April 2013 | 10.08

Di Aljazair, mempelajari bahasa Arab dan agama diãnggap sebagai
tindakan kriminal. Orang yang melakukannya ditangkap sebagaimana
halnya dengan pencuri dan perompak. Dalam pengadilan mereka itu samasama
dipanggil dan juga ditempatkan dalam satu penjara.
Dan Perancis, sebagaimana dikatakan oleh para penulis kita yang plinplan,
adalah ibu kemerdekaan. Ialah yang telah mengajarkan kepada seluruh
dunia prinsip-prinsip kemerdekaàn, persaudaraan dan persamaan.
Di Sudan bahagian selatan, adanya satu orang Islam sahaja, walaupun
ia pergi ke sana untuk tujuan perdagangan, dianggap sebagai suatu bahaya
besar, untuk mana Inggeris memobilisir seluruh tenaganya. Segenap kegiatan
orang itu diperhatikan oleh kantor pemerintahan di Sudan, dan akhirnya ia
ditangkap untuk dikembalikan ke Utara, supaya jangan para penduduk yang
suka damai itu menjadi korban Islam. Hal ini terjadi di saat di mana setiap
kekuatan pentadbiran pemerintahan di kerahkan untuk menjaga
missionarisme dan para anggota missi itu. Kepada mereka itu diberikan
kelengkapan-kelengkapan dalam segala bentuknya. Inggeris, sebagaimana
dikatakan oleh para penulis kita yang pengkhianat itu, adalah suatu negara
yang tidak pernah campur-tangan dalam masalah kebebasan beragama.
Di belakang penjajah Perancis dan Inggeris itu berdirilah Amerika
dengan dollarnya, dengan pesawat-pesawat tempurnya, dengan tank
wajanya dan dengan bom nuklearnya. Ia menjaga penjajah di segala tempat,
mengembalikan kebesarannya yang telah mulai hilang dengan membunuh
pejuang-pejuang kemerdekaan yang mempertahankan tanah air mereka, dan
mengesampingkan masalah-masalah kemerdekaan di Persekutuan Bangsa-
Bangsa Bersatu dan di Dewan Keamanan.
Amerika, menurut para periulis kita yang bangsa upahan itu, adalah
yang menjaga kemerdekaan di Dunia Bebas yang mereka sebut-sebut itu
walaupun dunia tidak mengetahui adanya.
Penjajahan mempersiapkan segala kekuatannya untuk bangsa-bangsa
yang menuntut kemerdekaannya, tetapi khusus untuk Islam dan negaranegara
Islam mereka telah memperhatikan dengan bentuk yang amat luar
biasa semenjak dan waktu yang lama. Mereka telah memberikan perhatian
yang amat besar kepada Islam, jauh sebelum bangsa—bangsa Islam bangkit
menuntut kemerdekaannya yang telah dirampas orang lain. Sebabnya adalah
kerana penjajahan tidak pernah lupa barang sesaatpun tentang kekuatan
yang tersembunyi dalam aqidah kepercayaan Islam, dan bahaya yang
ditimbulkan kekuatan ini terhadap setiap penjajahan asing.
Bahaya kekuatan yang tersembunyi dalam aqidah itu terhadap
penjajahan, pertama-tama timbul kerana Islam itu adalah suatu kekuatan
pembebasan yang luar biasa hebatnya. Jiwa Islam itu menentang setiap agresi
terhadap kemerdekaan. Dan perlawanan ini terhadap setiap agresi itu
dilakukan dengan penuh ketekunan. Ia melakukan perlawanan aktif di mana
faktor jiwa tidak mènjadi pertimbangan lagi. Segala bentuk pengorbanan dan
kerugian dianggap wajar. Kalau jiwa Islam ini terbangun pada suatu bangsa
Islam, maka mustahil ia akan mahu menyerahkan kemerdekaannya. Tidak
mungkin sama sekali ia akan diam dalam hal perjuangan positif. Perjuangan
seperti ini dapat menghancurkan penjajahan semenjak dari akar-akarnya.
Demikian pula bahaya yang ditimbulkan aqidah Islam terhadap
penjajahan ini juga timbul dari kenyataan bahawa aqidah Islam itu adalah
aqidah yang meninggikan diri, merasa besar dan mulia. Seorang Islam, kalau
dalam jiwanya telah terbangun jiwa Islam itu, ia tidak akan dapat dianggap
rendah oleh orang lain. Ia tidak bisa merendahkan diri kepada siapapun.
Kerana itu ía memandang kepada penjajahan asing dengan pandangan tidak
senang sedemikian rupa sehingga hal itu harus dihilangkan. Ia merasa
berkewajipan memeranginya, demi untuk memewujudkan kemuliaan Islam,
memelihara kemanusia dan untuk mencari keredhaan Allah.
Di samping itu, terdapat pula sumber ketiga dan bahaya yang
ditimbulkan aqidah Islam terhadap penjajahan. Ia adalah suatu aqidah yang
menjadikan seluruh tanah air Islam suatu kesatuan. Siapa yang melakukan
agresi terhadap sejengkal tanah daripadanya bererti melakukan agresi
terhadap semua tanah air Islam itu. Di waktu itu setiap orang Islam di
seluruh penjuru dunia menasa berkewajipan untuk menyatakan jihad demi
untuk menghilangkan bahaya dari sejengkal tanah yang merupakan bahagian
dari Dunia Islam yang terbentang luas itu.
Tidak seorang Islampun dan penjuru dunia manapun juga, kalau ia
benar-benar seorang Islam, yang mendengar atau mengetahui bahawa ada
musuh yang telah menginjak-nginjak sejengkal tanah Islam, yang tidak
tergerak hatinya untuk mempertahankan tanah kaum Muslimin itu dan
mempertahankan kemuliaan Islam.
Di sinilah tersembunyinya bahaya yang paling besar terhadap
penjajahan, iaitu bahaya yang dapat mengumpulkan orang dan
mempersatukannya di bawah sebuah bendera untuk mengadakan
perlawanan dan berjuang dipenuhi dengan jiwa pengorbanan dan
mengorbankan diri.
Inilah sebabnya kenapa kaum penjajah, baik dahulu mahupun
sekarang selalu memberikan perhatian khusus kepada Dunia Islam, dan
kenapa negara-negara penjajah itu seluruhnya berdampingan bahu dan
saling tolong menolong dalam memerangi setiap gerakan pembebasan yang
terdapat di Dunia Islam. Dari sinilah kenapa Soviet Rusia dan negara-negara
satelitnya bergabung kepada negara-negara penjajahan Barat, setiap kali
terjadi suatu masalah yang menyangkut dengan dunia Islam, walaupun di
antara kubu Rusia dan kubu Barat itu terdapat perpecahan dan permusuhan.
Soviet Rusia dengan blok komunisnya telah mencuri sebahagian dari
Dunia Islam di Turkistan, di Krim, di Yugoslavia dan lain-lainnya.
Keadaannya persis sama dengan apa yang dilakukan Blok Barat di Afrika
Utara dan Lembah Nil. Kerana itu kepentingan para pencuri itu selalu
bertemu setiap kali timbul persoalan yang menyangkut salah satu bahagian
Dunia Islam. Setelah itu mereka berpecah-pecah kembali, sampai mencapai
tingkat perang dingin atau perang panas sesuai dengan permintaan situasi.
Walaupun Blok Komunis menyimpan rasa permusuhan terhadap
kaum Muslimin, sama keadaannya dengan Blok Barat, tetapi semua tanah air
Islam, disebabkan oleh jiwa kebebasan yang tersembunyj dalam Islam,
merasa cinta kepada setiap gerakan kemerdekaan, walaupun yang bersifat
komunis, seperti yang terjadi di Vietnam dan di Korea, dan ingin agar
gerakan ini dapat menang dalam menghadapi penjajahan Barat yang dibenci
itu. Ia ingin agar bayang-bayang penjajahan yang gelap itu dapat dihilangkan
dan seluruh penjuru dunia, kerana Islam adalah suatu kekuatan revolusi
kemerdekaan yang terbesar.
Apa yang diinginkan oleh Islam di atas dunia ini adalah agar manusia
juga dapat bebas merdeka dari segi kebebasan da’wah dan kebebasan
beraqidah. Kerana itulah Islam tidak dapat berdamai dengan sistem komunis
yang ada, di mana manusia dilucuti dari kebebasan berfikir, kebebasan
beraqidah dan kebebasan berda’wah kepada aqidah yang diingininya.
Dengan demikian ia telah melucuti manusia dari ciri-ciri khas kemanusiaan
yang Islam berusaha keras untuk mewujudkannya, iaitu ciri-ciri kemanusiaan
yang telah dihancurkan secara total oleh sistem komunis yang ada sekarang.
Bagaimanapun juga, kita kembali kepada penjajahan. Ia adalah musuh
kita yang pertama, musuh kita yang benar-benar yang harus kita hadapi
dengan segala rasa kebencian suci yang kita miliki. Kita akan berjuang tanpa
takut, kerana ia juga memerangi kita tanpa takut. Ia mempersiapkan segala
kekuatan yang dimilikinya, dalam bentuk yang tidak dilakukan oleh
komunisme sendiri yang menjadi musuhnya yang jelas. Ia mempersiapkan
untuk menghadapi kita tidak hanya kekuatan besi dan api, tetapi juga
memasangkan untuk kita perangkap-perangkap ekonomi, sebagaimana yang
dilakukan Amerika dewasa ini dengan mengadakan perjanjian-perjanjian
perdagangan yang menakutkan, yang telah ditawarkannya kepada rejim
yang lama, dan sekarang di cubanya menawarkannya sekali lagi.
Perjanjian ini mengharuskan kita untuk menerima barang-barang
apapun juga dan dari negeri manapun juga di dunia selama ia mempunyai
cap Amerika. Ertinya fabrik-fabrik Amerika yang terdapat di Israel boleh kita
menyerang di dalam rumah tangga kita sendiri dan kita tidak boleh
membalas dalam bentuk apapun juga. Demikian pula tangan kita dibelenggu,
kerana kita tidak boleh menyimpan mata wang asing yang kita ingi
menyimpannya, kerana perjanjian itu membolehkan perusahaan-perusahaan
Amerika dan orang-orang Amerika di Mesir untuk mengeluarkan wang
mereka dengan mata wang apapun juga.
Semuanya itu dengan imbalan bahawa kita orang orang Mesir ini juga
mempunyai hak-hak yang serupa di negeri Amerika sendiri.
Ya, demi Tuhanku! Hal ini tentu sahaja baik kalau kita juga
mempunyai perusahaan, fabrik, pegawai dan modal di Amerika. Hanya
dalam keadaan itu kita dapat menikmati kebebasan dan jaminan, sama
dengan apa yang dinikmati rakyat Amerika di negara kita. Persis
sebagaimana dahulunya kita juga berhak malah untuk menggunakan
pelabuhan laut, udara dan jalan-jalan yang terdapat di jantung negeri
Inggeris, sesuai dengan perjanjian kehormatan dan kemerdekaan yang
dahulu pernah diadakan. Tetapi malang sekali kita telah membatalkan
perjanjian ini. Semenjak dan saat itu, armada- armada laut kita dan squadronsquadron
udara kita tidak mempunyai pelabuhan lagi di Eropah, kerana kita
telah kehilangan hak untuk menggunakan pelabuhan-pelabuhan laut dan
udara di Inggeris.
Kita yakin sekali bahawa rejim yang baru ini tidak akan masuk
perangkap Amerika yang menakutkan ini, kerana rejim yang lama, walaupun
telah penuh dosa sedemikian rupa, tidak sanggup memikul beban yang
demikian berat. Tetapi keyakinan kita ini tidak boleh menjadikan kita lalai
dalam memberikan peringatan kepada bahaya ini, terutama kerana kita selalu
menyedari bahawa pihak penjajah selalu mempergunakan mekanismemekanisme
dalam negeri, yang terdiri dari organisasi-organisasi dan orangorang
yang biasanya dari luarnya kelihatannya tidak berdosa.
Sebelumnya kita telah mengenal contoh-contoh organisasi seperti
Perkumpulan Saudara-Saudara Kemerdekaan dan Perkumpulan Anglo
Mesir, Perkumpulan Kelab Dua Dunia dan Perkumpulan Kelab Algezira.
Adalah kewajipan kita sekarang untuk mengetahui bahawa Perkumpulan al-
Falah hanyalah merupakan salah satu dari organisasi-organisasi yang
kelihatannya tidak berdosa ini.
Terima Kasih Telah Membaca Artikel Islam dan Penjajahan. Silahkan Klik Tombol Like Atau Share Untuk Berbagi Artikel Ini Atau Silahkan Di Copy Link http://mtsm-sungaibatang.blogspot.com/2013/04/islam-dan-penjajahan.html Terima Kasih.
Share this article :

0 komentar:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Pengunjung

Rekening Donasi



 
Copyright © 2012. Website Resmi MTs Muhammadiyah Sungai Batang - All Rights Reserved
Jl Lingkar Maninjau Km 5.5 Muaro Pauah Nagari Sungai Batang
Kecamatan Tanjung Raya Kabupaten Agam 26472
Support : Ranah Maninjau
Created by MPS